Wednesday, March 4, 2009

Badan Bukan Kerajaan Dan Warisan Budaya

Usaha-usaha pengekalan warisan budaya bukanlah menjadi tanggungjawab agensi kerajaan semata-mata.Sebaliknya badan bukan kerajaan turut memainkan peranan masing-masing dalam usaha tersebut.Antara peranan yang boleh dimainkan oleh badan bukan kerajaan ialah:
  • Menyokong dan melibatkan diri dalam agensi kerajaan.
  • Membantu mempromosikan hasil warisan budaya.
  • Menghasil dan memasarkan warisan budaya.
  • Menganjurkan pelbagai kempen kebudayaan.
  • Menganjurkan aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan budaya warisan.

Berikut ialah beberapa badan bukan kerajaan yang terlibat dalam usaha mengekalkan warisan budaya Malaysia.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia
-Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan masyarakat dengan penghayatan pengekalan alam semula jadi.


Yayasan Budi Penyayang Malaysia
-Menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan untuk mempromosikan budaya,seni dan warisan.
-Memberi tumpuan kepada :
  • mengembalikan kegemilangan pakaian kebaya nyonya.
  • mempromosikan industri batik.


Kuala Lumpur Perfoming Arts Centre(KLPac)
-Menganjurkan Festival Kesenian melalui aktiviti-aktiviti seperti dramatari dan pameran.


Persatuan Silambam Malaysia
-Memperkembangkan dan memajukan seni silat silambam(seni mempertahankan diri)untuk diwarisi generasi akan datang.


Kadazandusun Cultural Association Sabah(KDCA)
-Membangunkan dan mengekalkan warisan budaya kadazandusun untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.


Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia
-Menghidupkan dan membangunkan seni silat sebagai warisan bangsa.

Agensi Kerajaan Dan Warisan Budaya

Peranan utama kementerian Perpaduan ,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan adalah seperti berikut:
  • Menggubal dasar dan perundangan mengenai kebudayaan ,kesenian dan warisan.
  • Merancang,melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti seni,budaya dan warisan.
  • Memelihara dan memulihara warisan ketara.
  • Menyediakan kemudahan prasarana untuk aktiviti seni budaya dan warisan.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang seni,budaya dan warisan
  • Mendokumentasi dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan seni,budaya dan warisan.
Berikut ialah perana agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengekalkan budaya negara:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
  • Merancangan,mengumpul dan mengedar bahan dan informasi seni dan budaya.
  • Memberi khidmat nasihat,bantuan kepakaran dan kewangan kepada badan bukan kerajaan.

Jabatan Arkib Negara Malaysia
  • Mengumpul,memperoleh dan menyimpan rekod negara.
  • Memelihara bahan-bahan arkib seperti Memorial Tun Abdul Razak.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA)
  • Pusat pengajian kesenian,kebudayaan dan warisan.
  • Melahirkan Karyawan,seniman dan penggiat seni.

Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
  • Sebagai pusat sumber warisan negara.
  • Menyelidik,mengumpul,mengekal dan menyebar ilmu pengetahuan melalui pameran.

Jabatan Warisan Budaya
  • Menggubal akta
  • Mengumpul dokumentasi
  • Menyelidik,memelihara dan membangunkan warisan.

Istana Budaya
  • Mementaskan seni persembahan(teater,tarian,muzik)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS)
  • Membangunkan dan mempromosikan perusahaan kraf.

Perpustakaan Negara Malaysia
  • Pusat pengumpulan,pendokumentasian dan pemulihan sumber-sumber ilmu negara.

Balai Seni Lukis Negara
  • Mengumpul,memelihara,memulihara,mempamer,mempromosi,memupuk kesedaran dan penghayatan seni kepada seluruh masyarakat.

Sumbangan Individu Bagi Mengekalkan Budaya Malaysia

Seseorang itu boleh mengekalkan budaya Malaysia dengan:
  • mempelajari sesuatu budaya supaya boleh diwariskan.
  • mengajar untuk memperkembangkan sesuatu budaya.
  • turut serta dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan.
  • mempromosikan budaya melalui penulisan dan iklan.
  • mendokumentasikan budaya Malaysia untuk diwariskan dan menjadi rujukan generasi akan datang.
Antara tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam mengekalkan budaya Malaysia ialah:




  • Allahyarham Yang Amat Berbahagia Datin Seri Endon Mahmud
-menggalakkan pemakaian batik dan songket dalam kalangan kakitangan awan pada majlis-majlis rasmi.
-mempromosikan pemakaian batik Malaysia.
  • Encik Abdullah bin Muda
-memajukan industri bot tradisional Melayu
  • Datuk Suhaimi Mohd Zain(Pak Ngah)
-mengekalkan dan memajukan muzik irama Malaysia