Wednesday, March 4, 2009

Badan Bukan Kerajaan Dan Warisan Budaya

Usaha-usaha pengekalan warisan budaya bukanlah menjadi tanggungjawab agensi kerajaan semata-mata.Sebaliknya badan bukan kerajaan turut memainkan peranan masing-masing dalam usaha tersebut.Antara peranan yang boleh dimainkan oleh badan bukan kerajaan ialah:
  • Menyokong dan melibatkan diri dalam agensi kerajaan.
  • Membantu mempromosikan hasil warisan budaya.
  • Menghasil dan memasarkan warisan budaya.
  • Menganjurkan pelbagai kempen kebudayaan.
  • Menganjurkan aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan budaya warisan.

Berikut ialah beberapa badan bukan kerajaan yang terlibat dalam usaha mengekalkan warisan budaya Malaysia.

Persatuan Pencinta Alam Malaysia
-Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan masyarakat dengan penghayatan pengekalan alam semula jadi.


Yayasan Budi Penyayang Malaysia
-Menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan untuk mempromosikan budaya,seni dan warisan.
-Memberi tumpuan kepada :
  • mengembalikan kegemilangan pakaian kebaya nyonya.
  • mempromosikan industri batik.


Kuala Lumpur Perfoming Arts Centre(KLPac)
-Menganjurkan Festival Kesenian melalui aktiviti-aktiviti seperti dramatari dan pameran.


Persatuan Silambam Malaysia
-Memperkembangkan dan memajukan seni silat silambam(seni mempertahankan diri)untuk diwarisi generasi akan datang.


Kadazandusun Cultural Association Sabah(KDCA)
-Membangunkan dan mengekalkan warisan budaya kadazandusun untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.


Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia
-Menghidupkan dan membangunkan seni silat sebagai warisan bangsa.

3 comments: