Wednesday, March 4, 2009

Agensi Kerajaan Dan Warisan Budaya

Peranan utama kementerian Perpaduan ,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan adalah seperti berikut:
  • Menggubal dasar dan perundangan mengenai kebudayaan ,kesenian dan warisan.
  • Merancang,melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti seni,budaya dan warisan.
  • Memelihara dan memulihara warisan ketara.
  • Menyediakan kemudahan prasarana untuk aktiviti seni budaya dan warisan.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang seni,budaya dan warisan
  • Mendokumentasi dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan seni,budaya dan warisan.
Berikut ialah perana agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengekalkan budaya negara:

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
  • Merancangan,mengumpul dan mengedar bahan dan informasi seni dan budaya.
  • Memberi khidmat nasihat,bantuan kepakaran dan kewangan kepada badan bukan kerajaan.

Jabatan Arkib Negara Malaysia
  • Mengumpul,memperoleh dan menyimpan rekod negara.
  • Memelihara bahan-bahan arkib seperti Memorial Tun Abdul Razak.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan(ASWARA)
  • Pusat pengajian kesenian,kebudayaan dan warisan.
  • Melahirkan Karyawan,seniman dan penggiat seni.

Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
  • Sebagai pusat sumber warisan negara.
  • Menyelidik,mengumpul,mengekal dan menyebar ilmu pengetahuan melalui pameran.

Jabatan Warisan Budaya
  • Menggubal akta
  • Mengumpul dokumentasi
  • Menyelidik,memelihara dan membangunkan warisan.

Istana Budaya
  • Mementaskan seni persembahan(teater,tarian,muzik)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia(FINAS)
  • Membangunkan dan mempromosikan perusahaan kraf.

Perpustakaan Negara Malaysia
  • Pusat pengumpulan,pendokumentasian dan pemulihan sumber-sumber ilmu negara.

Balai Seni Lukis Negara
  • Mengumpul,memelihara,memulihara,mempamer,mempromosi,memupuk kesedaran dan penghayatan seni kepada seluruh masyarakat.

No comments:

Post a Comment