Saturday, February 21, 2009

Kepentingan Mengekalkan Budaya Malaysia

Mengekalkan warisan budaya merupakan tanggungjawab yang harus dipikul bersama-sama oleh setiap individu,masyarakat dan kerajaan.

Warisan budaya perlu dikekalkan untuk:
*Mengenalkan dan mewariskan budaya kepada generasi akan datang.
*Memelihara dan memulihkan warisan negara.
*Memperkenalkan semula seni yang hampir pupus kepada generasi muda.
*Menjana ekonomi negara.
*Menbentuk jati diri bangsa Malaysia.

Sumbangan Pelbagai Pihak Terhadap Pengekalan Warisan Budaya Malaysia

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai warisan budaya yang menggambarkan pola kehidupan masyarakat pelbagai kaum.Keunikan seni budaya di Malaysia seperti makyung,tarian singa,tarian kathak,tarian bhangra,wayang kulit,batik serta songket perlu dipertahan dan diperkukuh sebagai warisan kepada generasi muda.

Menurut Kementerian Perpaduan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia,warisan ialah sesuatu yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi ke satu generasi.Sesuatu warisan itu perlu diwarisi dan dikekalkan kerana warisan tersebut mengganbarkan cara hidup dan jati diri sesuatu bangsa.


Jenis Warisan
Warisan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua ketegori iaitu warisan ketara dan warisan tidak ketara.

Warisan Katara
Sesuatu yang kekal dilihat dan boleh dipegang sama ada statik atau mudah alih termasuk:
*monumen dan bangunan
*artifak
*tapak tanah bersejarah
*alam semula jadi

Contoh:



Masjid Jamek,Muar Johor



Warisan Tidak Ketara
Warisan tidak nyata seperti ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan,nilai-nilai adat dan budaya,bahasa dan persuratan termasuk:
*acara perayaan
*seni tampak
*seni persembahan
*seni perubatan
*permainan tradisional
*ritual/kepercayaan

Contoh:


Congkak



Dikir Barat